0

11 Syawal 1430

Posted by Kaleidoscope on Wednesday, September 30, 2009 at 12:12 PM
Disebabkan mindaku yang bercelaru ini, aku biarkan sahaja jemariku menaip bahasa ibundaku tanpa menyedari sebenarnya ini adalah entry pertamaku dalam bahasa ibunda :P. (kecelaruan timbul akibat dek terlalu memikirkan rumah yang berharga setengah juta Ringgit itu)
Walaupun sudah memasuki Syawal yang ke-11 hari ini, tapi disebabkan aku & isteri sudah mula bekerja, kami masih lagi tidak berkesempatan untuk bertemu dengan teman2 yang lain. Ada beberapa perkara yang menarik yang ingin aku kongsikan bersama sewaktu aku menyambut Aidilfitri dikampung. Walaupun agak janggal kali ini, kerana tiada sekeping gambar pun dpt dirakam oleh lensa, namun apa yang penting kesihatan mak dah bertambah baik. Disebabkan mak yang merangkap 'Chief-Of-Executive' untuk apa2 jua aktiviti di rumah kali ini, kurang bertenaga untuk beraya dek tidak sihat, maka kami adik-beradik pun rasa tak berapa seronok beraya. Aktiviti menziarahi sanak-saudara pun agak kelam-kabut tahun ini, selalunya semua rumah sudah selesai diziarahi pada hari raya kedua. Tapi, agaknya CEO a.k.a mak tak kuasa nak bising2 tahun ni, jadinya masing2 ambil kesempatan sambil lewa. Kekeke...
Disebabkan kesihatan mak yang terganggu itu juga, ramai sanak-saudara yang datang beraya menerpa mak dulu & bertanya khabar. Ternyata ramai yang masih lagi mengambil berat akan kesihatan mak, Alhamdulillah. Ada banyak perkara yang berlaku sebenarnya Syawal kali ni. Tapi dalam banyak2 perkara itu, ada 4 perkara yang aku takkan lupa sampai bila2....

1) Pagi raya masa sessi bersalam-salaman dengan mak, mak mengusap2 rambut aku seolah2 aku ni anak dia yang masih kecil lagi. Sebelum ni, kalau bersalam2 dengan mak, dia tak pernah nak mengusap rambut aku. Mungkin disebabkan faktor usia aku yang dah tua ni, mak tak buat dah macam tuh. Tapi masa aku kecil2 dulu memanglah selalulah. Dan disebabkan kejadian itu, aku rasa diri aku macam2 budak2 sekolah rendah balik:P
2) Aku kagum dengan abang ipar (abang chik) aku yang duduk Seremban tuh sebab masa takbir raya dekat masjid, dia jadi salah seorang yang penting mengalunkan takbir raya bila dia duduk disaf paling depan. Mikrofon tu asyik dekat dia shj. Kekek..Walaupun kata kak chik aku, suara husband dia tak berlemak sangat ketika mengalunkan takbir, tapi aku bangga semacam jer dengan abang ipar aku tuh :)
3) Abang aku yang ada kereta Mitsubishi VR4 tuh, mengagumkan aku apabila dia memecut dengan lajunya dijalan raya dalam keadaan aku yang seolah2 melatah dek bunyi turbo enjin keretanya yang berdecet2. Dan enjin keretanya akan diOFF secara otomatik selepas dia mencabut kunci kereta. Dia asyik mentertawakan aku & bersungguh2 menyuruh aku beli kereta macam dia jugak. Kekeke
4) Buat kali pertamanya aku dapat membawa isteri & anak perempuanku menziarahi pusara allahyarham abah setelah 6 tahun berkahwin. Sebelum ini ada juga inisiatif untuk membawa mereka, tapi mungkin faktor masa & situasi yang tidak mengizinkan.

Disebabkan kami berdua cuti panjang untuk Syawal kali ni, ada jugak masa kami untuk pergi beraya samada dengan adik-beradik aku mahupun keluarga sebelah mertua. Ternampak juga kepuasan diwajah2 semua orang dek kerana kami meluangkan masa agak lama dikampung. Sebelum ni, seperti kata kawan baik aku, 'raya sececah jer kat kg dah hangat punggung nak balik KL'. Kekekek...

p/s Tak berbincang lagi untuk pergi melawat kawan2 sempena Syawal ni. Tak berani nak berjanji dengan sesiapa pun untuk datang ke rumah. Ada rezeki nanti, kami anak-beranak sampailah agaknya.

----- Aku rindu pulak bulan Ramadan. Moga2 panjang umur lagi untuk sambutnya akan datang. -----


0 Comments

Copyright © 2009 It's a kaleidoscopic mind - full of colors but never colorless All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.